Sultan Selangor seru umat Islam terus bersatu padu

Share

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menyeru agar umat Islam agar terus bersatu padu dan berhijrah untuk menjadi insan yang lebih baik dari segenap aspek.

Baginda bertitah agar umat Islam dan Melayu khususnya, perlu berazam untuk memajukan diri demi mengukuhkan perpaduan ummah dan keharmonian negara, serta terus berjaya dalam bidang sosial dan ekonomi.

“Sejarah penghijrahan dan perjuangan Rasulullah SAW perlu terus dihayati oleh rakyat ke arah memperkuatkan akidah serta mengembangkan ajaran dan nilai hidup umat Islam yang baik dan mulia,” titah baginda.


Baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Maal Hijrah 1442 Hijrah kepada seluruh umat Islam di negeri Selangor.

Leave a Reply