PAS sah dalam jawatankuasa penaja PN bersama PPBM, tak pasti BN turut serta

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengesahkan parti Islam itu dalam jawatankuasa penaja untuk mendaftarkan Perikatan Nasional bersama PPBM, namun tidak pasti adakah sekutunya, Barisan Nasional akan turut serta.

“PAS ada, PPBM ada, BN kena tanya BN, saya tidak pasti,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah watikah pelantikan anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) hari ini.

Takiyuddin mengesahkan partinya bersetuju untuk mendaftarkan PN secara rasmi.

ADVERTISING

Ads by Teads

“Jawatankuasa penaja boleh mana-mana pihak. Lepas ditubuhkan, ahli lain boleh masuk.”

Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Mohd Redzuan Yusof, pada sidang media memaklumkan pendaftaran PN sedang dilakukan.

Menurut laporan media, pendaftaran PN sebagai sebuah gabungan sudah dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Sekutu PAS dalam Muafakat Nasional, Umno sebelum ini mengumumkan ia tidak akan menyertai PN, sebaliknya mahu memperkasakan MN.

PRN Sabah

Sementara itu, Takiyuddin memaklumkan PAS belum memutuskan untuk bertanding pilihan raya negeri Sabah.

“PAS pernah bertanding tapi untuk yang PRN belum putuskan lagi,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2018, parti Islam itu bertanding 8 kerusi Parlimen dan 18 kerusi DUN. Ia kalah di semua kerusi itu, dan tidak pernah menang sebarang kerusi di Sabah. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker