FAKTA SEBENAR SIDANG MEDIA RAHMAN DAHLAN SERANG BUNG

Kenapa Rahman Dahlan tolak Bung?

1. Kerana Bung Moktar tegas mahu UMNO bertanding minimum 37 kerusi DUN.

2. Bung Moktar tidak mahu berkompromi dengan Bersatu Sabah dalam isu kerusi lompat. Pada Bung dan Perhubungan Sabah kerusi UMNO menang dalam PRU 14 adalah milik UMNO.

4. Hal ini menyusahkan pengasas bersama Bersatu Sabah iaitu Tan Sri Musa Aman kerana beliau menjanjikan Bersatu Sabah sebagai Kerajaan Sabah.

5. Oleh itu untuk hidupkan Bersatu kenalah berikan banyak kerusi, Musa arahkan Rahman buat sidang media untuk tukar Pengerusi BN Sabah dengan alasan Bung ada kes.

6. Rahman sebelum ini telah usulkan Musa Aman sebagai Pengerusi namun Presiden UMNO tolak!

7. Andai Musa jadi Pengerusi BN Sabah, maka semua Bersatu lompat akan mendapat curahan kerusi DUN Sabah.

8. Cukuplah menjadi ‘TROJAN HORSE’ Bersatu wahai Rahman Dahlan!

9. Agenda sidang mediamalam ini adalah survival Bersatu Sabah.

10. Ahli UMNO harus kekal dibelakang Bung Moktar, jangan beri ruang untuk parti ini dihancurkan oleh pengkhianat!

Salahuddin Hisham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker