BN tidak campur urusan Pas mahu daftar PN – Zahid Hamidi

BN menegaskan tidak akan terlibat dalam jawatankuasa penaja untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) walaupun menyedari Pas yang menjadi sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN) berbuat demikian bersama Bersatu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu tidak mencampuri urusan dalaman parti lain termasuk Pas.

“Kita tidak mencampuri urusan hal ehwal parti lain (Pas) biarpun mereka bersama-sama dalam Muafakat Nasional (MN).

“Kita telah mengambil keputusan muktamad bahawa parti tidak akan menyertai PN sebagai komponen kepada PN.

“Bagaimanapun pendirian UMNO dan Barisan Nasional (BN) cukup jelas bahawa ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Kami akan terus mendokong kerajaan yang ada di peringkat Pusat dan negeri,” katanya kepada pemberita di sini, pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian BN selepas Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan parti itu berada dalam jawatankuasa penaja bersama Bersatu untuk mendaftarkan PN. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker