Bekas Pekerja Usahawan Kosmetik Bersuara Sound Dato Aliff. Sokong Tindakan Pelanggan Resort

Bekas pekerja usahawan kosmetik, Melati Abd Ghani tampil bersuara berhubung isu resort k0tor seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Kata Melati, tindakan untuk berlawan dengan meny4lahkan semula pelanggan resort berkenaan tidak wajar.

“Ni b0doh punya orang, dah memang tempat ko k0tor, customer complaint. Lepas tu ko nak salahkan customer dah kenapa? Customer is right.

“Bila customer complaint mintalah maaf dan perbaiki, bukan s4lahkan customer. Adui macam mana punya mentalitilah…

“Sudah-sudahlah tu cakap tak terkesan dengan kata-kata netizen tapi baru seorang customer complaint dah bitter.

“Belajarlah yang ada pada orang lain lebih hebat dari dir kita, terima pendapat orang lain, turunkan ego. Sudah-sudahlah tu bangga diri.

“Kalau staff ko bolehlah paksa suruh sumpah bagai, ini customer ko suruh bersumpah bagai walaupun benda tu tak betul. Simpan sikit b4ngan tu boleh tak,” tulisnya menerusi Instagram Story pada Selasa.

Terdahulu, tular dakwaan seorang atlet parkour yang terkilan dengan servis dan kebersihan sebuah resort milik usahawan kosmetik terkenal tanah air.

Selepas pendedahan berkenaan, usahawan kosmetik berkenaan difahamkan telah menghubunginya meminta untuk memadamkan posting terbabit sebelum tindakan diambil.

Manakala, Datuk Seri Aliff Syukri pada Selasa tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup aktiviti dan sikap keluarga pelanggan terbabit yang tidak menjaga adab dan etika di resort miliknya.

Sementara itu, mengulas mengenai situasi terbabit, kata Melati adalah normal untuk kanak-kanak berlari-lari sama seperti anak-anak usahawan berkenaan.

“Alahai nak cakap anak orang berlari-larilah, tak reti duduk diam. Eh anak dia pun kalau pergi mana-mana pun lasak juga, berlari, sampai pecah pasu hotel.

“Biasalah budak-budak memanglah macam tu lasak.

“Yang seorang lagi tu duduk back up dia siap posting video sebab dia ada job di sana. Tak apa belum kena batang hidung dia lagi.

“Nanti dah kena tengoklah yang si back up tu mer0yan macam mana,” tambahnya.

Hantaran itu di percayai dituju kepada Abby Abadi yang berkongsi video dan status Dato Aliff di IG milik beliau

Melati sebelum ini pernah mendedahkan dia telah diberhentikan tugas dengan usahawan kosmetik itu selepas setia berkhidmat sekian lama.

“Boleh Guna Ke Lagi Ungkapan ‘Customer Is Always Right’ Untuk Situasi Ini?” – Abby Abadi

Tindakan pelakon Abby Abadi memuat naik semula hantaran Instagram (IG) usahawan Datuk Seri Aliff Syukri di laman sosialnya mengundang pelbagai reaksi warganet.

Tidak menyalahkan sesiapa menerusi posting tersebut, Abby cuma melontarkan persoalan samada moto ‘customer is always right’ masih sesuai digunakan dalam situasi dialami Aliff Syukri.

Di ruangan komen pelbagai pendapat diberikan warganet, termasuk menganggap Abby menyokong Aliff Syukri dalam isu yang tular sejak semalam.

Abby bagaimanapun menegaskan perkongsiannya adalah mengenai sikap sesetengah pelanggan.

Katanya pelanggan seharusnya menggunakan saluran yang betul untuk membuat aduan jika tidak berpuas hati dengan sesebuah perkhidmatan, bukan bertindak menularkannya.

“Saya rajin juga check in sana sini, ada yang tak kena bagitau management teruslah…Kitaorg sampai dapat bilik ada anai-anai pun rilek je, duduk juga sebab masa tu takde pilihan, tapi takde pulak nak bercerita macam nak jatuhkan bisnes orang.

“Ni sampai nak viral-viralkan atas alasan jumpa lipas dalam peti ais tu pelik sangatlah. Rumah masing-masing kadang ada lipas…bersihkan jelah.

“Tapi yang sampai buat macam hotel sendiri tu kenapa? Asyik nampak salah orang je, salah sendiri macam mana pulak?,” tulis Abby menjawab komen warganet yang mendakwanya menyokong tindakan Aliff Syukri berkongsi rakaman CCTV tersebut.

Rata-rata warganet menyokong teguran dibuat Abby mengenai sikap sesetengah pelanggan dan menganggap moto ‘customer is always right’ tidak relevan.

“Customer macam ni kalau staff tegur pun tak makan saman ni, silap tegur habis disembur staff pulak biadap mentaliti ‘customers always right’.

“2020 dah tak relevan dah ‘customer always right’…atitude yileekkk.

“Zaman sekarang dah tak ada istilah ‘customer always right’ yang salah tetap salah,” antara komen warganet di ruangan komen.

Terdahulu seorang atlet ‘freerunner’ profesional, Abudi Alsagoff mendakwa menerima ugutan selepas mengkritik tempat penginapan milik seorang usahawan kosmetik terkenal yang bergelar Datuk.

Perkara berkenaan dikongsi Abudi menerusi sebuah posting di Facebooknya.

Kritikan Abudi kemudiannya menjadi tular dan mendapat perhatian Aliff Syukri yang bertindak menjawab aduan tersebut dengan membuat hantaran sedutan rakaman CCTV di IGnya. MB

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker