Aktiviti sukan, kokurikulum di sekolah dibenarkan bermula 1 September

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meluluskan pembentangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai garis panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum di sekolah berkuatkuasa 1 September 2020.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, garis panduan itu merangkumi pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka.

Tidak ketinggalan, garis panduan itu turut membenarkan aktiviti amali di luar bilik darjah bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) serta Sains Sukan dalam keadaan yang terkawal.

“Antara garis panduan yang perlu dipatuhi termasuk mendapatkan kebenaran bertulis ibu bapa atau penjaga murid yang terlibat, pengunaan bilik mandi/ persalinan dihadkan mengikut kapasiti, memastikan penjarakan fizikal satu hingga tiga meter bagi aktiviti statik dan tiga hingga lima meter bagi aktiviti dinamik, dan peralatan perlu dibersihkan dan disanitasi,” katanya dalam sidang media PKPP di bangunan Parlimen pada Selasa.

Tambah beliau, aktiviti sukan dan kokurikulum juga perlu mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta KPM yang sedia ada.

Garis panduan yang lengkap, kata beliaui, boleh didapati di laman sesawang MKN dan KPM bermula 1 September ini.

BACA: Individu potong gelang kuarantin antara ditahan: Ini 5 tumpuan sidang media PKPP hari ini

Dalam pada itu, kerajaan, kata Ismail Sabri turut meluluskan garis panduan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Amali Teknikal Dan Vokasional berkuatkuasa 1 September ini.

Kelulusan itu melibatkan lebih 89 buah Kolej Vokasional serta Sekolah Menegah Kebangsaan dan
Sekolah Menegah Teknik yang terpilih.

“Antara garis panduan yang perlu dipatuhi termasuk menentukan bilangan murid berdasarkan kapasiti ruang, tempat dan peralatan amali dibersihkan dan disanitasi dan murid bergejala tidak dibenarkan untuk mengikut amali,” kata beliau lagi. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker