Siapa pengkhianat: Hanipa dilabel pengkhianat tinggalkan Pas

Siapa pengkhianat: Tun M pertahan tindakan letak jawatan, Hanipa dilabel pengkhianat tinggalkan Pas

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima pelantikan sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dengan sokongan majoriti ahli Parlimen disifatkan satu perbuatan mulia dan bukannya pengkhianatan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Parlimen (Arau-BN), Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan, Muhyiddin dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak pernah melakukan pengkhianatan sehingga menyebabkan kerajaan PH tumbang pada Mac lalu.

Sebaliknya menurut Shahidan, tumbangnya kerajaan PH adalah disebabkan tindakan Ahli Parlimen (Langkawi-Bebas), Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 secara tiba-tiba kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada 24 Februari lalu.

“Pada perbahasan lepas YB Langkawi memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa beliau tidak berhenti menjadi Perdana Menteri kerana kerajaan PH sudah terbubar.

“Oleh itu, saya ingin bertanya bahawa Bersatu sudah mengadakan mesyuarat pada 23 Feruari lalu antara jam 11 pagi hingga 3 petang dan membuat keputusan Bersatu akan keluar daripada PH kerana bahayanya DAP dan Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi Perdana Menteri seterusnya.

“Justeru, pada jam 4 petang hari yang sama, Perdana Menteri ketika itu (Dr Mahathir) memanggil semua Presiden Parti iaitu Presiden UMNO, Bersatu, PAS dan GPS untuk memaklumkan Bersatu akan keluar PH dan sebuah kerajaan perpaduan akan diwujudkan.

“Pada ketika itu Perdana Menteri sudah mendapat sokongan majoriti 131 Ahli Parlimen. Pada jam 5 petang kelima Presiden termasuk Timbalan Presiden PKR iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong untuk memohon perkenaan baginda.

“Baginda kemudian bertanya semua parti sama ada mereka bersetuju menyokong Langkawi (Dr Mahathir) sebagai Perdana Menteri dengan sokongan 131 ahli parlimen lain,” katanya. MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker