Setuju masuk Muafakat Nasional, kenapa perlu dukung PN, soal ketua Pemuda Umno Johor

Pemuda Umno Johor mempersoalkan keperluan PPBM mendukung Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan besar selepas parti itu bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN).

Ketua Pemuda Mohd Hairi Mad Shah berkata, PN hanyalah “gabungan interim” untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada Pakatan Harapan, dan mengingatkan Umno tidak menyertai pakatan itu.

“Seperti dinyatakan Muhyiddin Yassin (presiden PPBM), majlis pimpinan tertinggi PPBM bersetuju menyertai MN yang mendukung PN sebagai gabungan besar atau ‘the grand coalition’.

Mohd Hairi Mad Shah
“Apa maksud Muhyiddin yang mendukung PN sebagai gabungan besar?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan MPT PPBM bersetuju menyertai MN dan keputusan itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Hairi berkata PPBM yang ingin menyertai MN, dan oleh itu MN harus menjadi gabungan besar yang menerajui kerajaan.

“Saya hanya ingin mengingatkan jangan lebih kuah dari sudu harapnya,” katanya.

Hairi mengingatkan usaha menjalin kerjasama parti Melayu, seperti MN, bukan mudah dicapai.

“Berhati-hatilah dan juga bersifat adillah supaya jangan nanti, yang dikejar pun tak dapat, yang d FMT ikendung pula keciciran,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker