Cuti sekolah akhir tahun 2021 juga dipendekkan

Cuti sekolah akhir tahun bagi penggal 2021 dipendekkan kepada 3 minggu, sama dengan cuti tahun ini yang akan bermula pada Disember dan bukannya pada November seperti biasa.

Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan cuti akan bermula pada 10 Dis 2021 dan berakhir pada 31 Dis 2021 untuk sekolah di Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Sementara itu, sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya akan mula beroperasi mulai 11 Dis 2021 hingga 31 Dis 2021.

Cuti sekolah akhir tahun untuk tahun ini dijadualkan bermula pada 18 Dis dan berakhir pada 20 Jan 2021.

Mohd Radzi Md Jidin
Terdahulu, Menteri Pendidikan Radzi Jidin beritahu Dewan Rakyat, cuti dipendekkan kerana kementerian bimbang pelajar tidak dapat menguasai tahap minimum pembelajaran.

Beliau berkata, pelajar mungkin kehilangan motivasi dan ketinggalan dari tahun akademik berikutnya sekiranya mereka tidak cukup masa untuk mengikuti persekolahan tahun semasa.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan sekolah akan memulakan penggal baru pada 20 Januari tahun depan dan bukannya minggu pertama bulan tersebut. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker