Rakyat Sabah mengundi pada 26 September

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Sept ini sebagai tarikh Pilihan Raya Negeri Sabah.

Hal itu diumumkan Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom, di Kota Kinabalu sebentar tadi.

Untuk tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 12 Sept.

Terdahulu Azmi mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya di sebuah hotel di bandar raya berkenaan.

Tarikh pengundian awal pula diadakan pada 22 Sept.

Berdasarkan tarikh yang diumumkan Azmi itu, tempoh untuk berkempan bagi semua calon yang bertanding ialah selama 14 hari.

Untuk PRN kali ini SPR akan menggunakan daftar pemilih yang dikemas kini setakat 29 Julai lalu.

Dalam sidang media sebentar tadi Azmi juga menyatakan SPR akan menyiarkan prose pengiraan undi secara langsung, sama seperti yang diadakan agensi itu sebelum ini.

Pada masa sama pemerhati yang ingin memantau perjalanan PRN Sabah kali ini dimita mendaftar dengan SPR untuk mendapatkan pengesahan.

Sementara itu ditanya mengenai proses perundangan yang sedang berlangsung Azmi berkata, SPR perlu mengadakan PNS walau apa pun keputusan yang ditetapkan nanti.

Ia berikutan langkah sekumpulan Adun diketuai Musa Aman mencabar keabsahan pembubaran DUN oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin, pada 20 Julai lalu.

“SPR tidak menerima sebarang arahan daripada mahkamah.

“Buat masa ini SPM akan meneruskan pilihan raya negeri,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker