Masa depan BN di Sabah

Share

SITUASI politik Sabah kini bergantung kepada keputusan mahkamah mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan keabsahan pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri pada Mei 2018.

Isnin ini, mahkamah akan memutuskan sama ada sekumpulan 33 Ahli Dewan Unda-ngan Negeri (ADUN) Sabah mempunyai hak untuk mendapatkan injunksi (penanggu-han) pembubaran DUN.

Kita juga akan menanti penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Sri Musa Aman yang mencabar proses membuat keputusan Yang di-Pertua Negeri Sabah ketika melantik Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri.


Jika salah satu keputusan memihak kepada kumpulan Musa Aman, maka politik negeri Sabah mungkin akan kembali aman buat seketika.

Andainya mahkamah memutuskan Yang di-Pertua Negeri Sabah telah menjalankan tugas beliau dengan berhemat dan cermat, maka satu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan diadakan pada bulan depan. Jika beberapa bulan sebelum ini, Barisan Nasional (BN) Sabah hampir pasti memenangi semula kerajaan negeri jika diadakan PRN atau PRU, namun senario kini telah berubah dengan drastik.

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh kepimpinan BN dan UMNO jika mahu kembali merebut tampuk pemerintahan negeri Sabah.


Antara yang terpenting perlu diselesaikan adalah isu pembahagian kerusi antara BN dan Bersatu Sabah. Keghairahan pemimpin Bersatu untuk bertanding puluhan kerusi dan mengetuai kerajaan akan datang memberi kelebihan kepada parti Warisan.

Realiti di Sabah, walaupun puluhan pimpinan UMNO meninggalkan parti menyertai Bersatu dan Warisan, ahli serta penyokong akar umbi tidak berganjak.

Sokongan

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis adalah bukti jelas bahawa sokongan rakyat Sabah kepada BN tidak berganjak. Selepas PRU14, UMNO Bahagian Kimanis kehilangan 2/3 jawatankuasa bahagian termasuk Ketua dan Timbalan Ketua Bahagian.


Namun, apabila berlaku PRK, calon BN bukan sahaja disambut dengan kemenangan menewaskan calon Warisan yang disokong Bersatu dan kerajaan Persekutuan, malah memperoleh kemenangan yang lebih besar.

Walaupun UMNO sentiasa terbuka dan boleh bertolak ansur dengan Bersatu, namun BN seharusnya bertanding antara 35 hingga 40 kerusi bagi meyakinkan rakyat bahawa mereka akan memilih sebuah parti yang mampu membawa kestabilan politik.

Bukan soal tamak kerusi atau tidak mahu bertolak ansur tetapi Sabah memerlukan ke-stabilan politik untuk berhadapan cabaran kemelesetan ekonomi akibat kegagalan pentadbiran Mohd Shafie dan kesan pandemik Covid-19.

BN juga harus berhati-hati kerana beberapa tokoh daripada parti Bersatu yang datang dari Semenanjung telah dilihat sebagai individu yang bertanggungjawab ‘memaksa’ PRN diadakan. Slogan anti-Semenanjung dengan menyerang watak-watak daripada Bersatu peringkat Perseku-tuan yang cuba mengatur kerajaan negeri baharu telah mula meresap dalam kala-ngan anak muda Sabah.

Jika tidak ditangani, pengundi Sabah mungkin akan melupai ‘dosa’ Mohd Shafie merampas kerajaan negeri secara tidak demokratik dan kemerosotan ekonomi negeri sejak 26 bulan lalu.

Selain itu, BN sendiri harus menampilkan calon kepimpi-nan negeri yang mempunyai personaliti kuat dan berkarisma sebagai bayangan Ketua Menteri Sabah bagi menyaingi kepimpinan Shafie.

Menguruskan negeri yang mempunyai kepelbagaian etnik, suku, kepercayaan dan dialek yang sangat luas bukan kerja mudah. Rakyat Sabah mahukan seorang Ketua Menteri yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam ekonomi bagi memulihkan semula ekonomi negeri yang merudum teruk sejak setahun lalu.

Realitinya, peluang BN merampas kembali pentadbiran negeri terbuka luas, namun jika tersalah langkah, ia mungkin tersungkur sebelum bertanding.

*Ab Jalil Backer merupakan Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (AKAR)

Leave a Reply