Dr Mahathir cuba reka cerita

Share

Tun Dr Mahathir Mohamad cuba mengelirukan rakyat dengan mendakwa kononnya beliau tidak pernah meletakkan jawatan sebagai Perdana menteri, kata penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, terkini Dr Mahathir mereka-reka naratif ‘saya terletak jawatan’ yang dianggap pelik.

“Buat kesekian kalinya Tun Dr Mahathir mendakwa bahawa beliau ‘tidak letak jawatan semasa menyebut di dalam sidang Parlimen pada 13 Ogos lalu.


“Walaupun naratif ‘saya terletak jawatan’ ini kedengaran begitu pelik, ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini di dalam ucapan kepada penyokong beliau di Alor Setar pada 18 Julai 2020, beliau tidak mengaku meletakkan jawatan,” katanya dalam status Facebook hari ini.

Kamarul berkata, bukan setakat itu saja, malah Dr Mahathir turut mengada-adakan naratif ‘saya terpaksa digugur’ semata-mata mahu memberikan gambaran kepada rakyat kononnya apa yang dilakukannya pada 24 Februari lalu adalah tindakan yang berpunca daripada usaha pihak lain, bukan daripada kemahuannya.

“Naratif bahawa perlakuan Tun Dr Mahathir ini adalah berpunca daripada tindakan pihak lain dan bukannya daripada kemahuan beliau juga sangat jauh berbeza daripada fakta sebenar kejadian.


“Fakta sebenar kejadian ialah peletakan jawatannya dibuat sebelum tindakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa parti itu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) iaitu pada 1 tengah hari, 24 Februari.

“Manakala Muhyiddin membawa Bersatu keluar daripada PH pula hanya dibuat pada 2.04 petang tarikh yang sama. Sudah-sudahlah mengarut, wahai Tun Dr Mahathir,” katanya.

Sebelum ini, Dr Mahathir beberapa kali menyatakan kononnya beliau tidak meletakkan jawatan sedangkan pada 18 Mei lalu Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan baginda sudah meminta bekas Perdana Menteri itu untuk tidak meletak jawatan pada Februari.


Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Leave a Reply