25 kes baru Covid-19 hari ini

Share

25 kes baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kes aktif sebanyak 216.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga melaporkan 7 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 2 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, 28 pesakit dilaporkan sembuh dan jumlah kematian kekal 125 orang.


Sehingga kini, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 9,200, dengan 8,859 kes pulih. FMT

Leave a Reply