Pengajaran buat semua

AWANG sebenarnya bersimpati pada Nezar Mohamed Sabur Batcha yang dijatuhi hukuman penjara lima bulan.

Pemilik Restoran Nasi Kandar Salleh di Napoh, Kedah itu kini sedang dikuarantin di Hospital Lama Alor Star.

Pertuduhan ke atas beliau dibacakan di hospital tersebut.

Beliau juga didenda RM12,000. Beliaulah yang dikatakan superspreader atau penyebar utama Kluster Sivangangga.

Akibat perbuatan beliau yang tidak bertanggungjawab sebanyak 45 orang setakat ini telah didapati positif Covid-19.

Seramai 6,000 orang pula telah diuji di tiga buah negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Awang rasa hukuman ini setimpal dengan kesalahannya. Ia juga merupakan pengajaran bagi mereka yang melanggar perintah kuarantin wajib.

Nezar yang merupakan pemastautin tetap pulang dari Sivangangga, Tamil Nadu, India pada 13 Julai lalu. Beliau yang sepatutnya kekal di rumah mematuhi perintah kuarantin wajib telah tidak berbuat demikian.

Nampaknya bukan Nezar seorang yang berperangai begitu.

Awang tahu terdapat individu lain yang mengambil mudah soal kuarantin wajib ini.

Dalam satu kes lain, seorang wanita berumur 72 tahun dilihat makan di khalayak ramai di Meru Raya, Ipoh tidak lama dulu.

Wanita itu juga sudah dikenakan hukuman. Awang harap kita tidak akan melihat lagi mereka yang bergelang pink berada di luar selepas ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker