Militan penggal rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Filipina

Pihak berkuasa Filipina menangkap ketua pemimpin Abu Sayyaf, Idang Susukan @ Abu Jihad yang juga dikehendaki di Malaysia berhubung penculikan di Sabah.

The Philippine Star memetik Ketua Polis Filipina, Archie Gamboa mengesahkan bahawa penangkapan itu dibuat petang semalam.

“Pemimpin pemberontak itu diserahkan oleh pengasas Barisan Hadapan Pembebasan Moro (MNLF), Nur Misuari kepada pihak berkuasa di bandar Davao,” lapor akhbar itu di Twitter malam tadi.

Dikatakan Idang ditangkap di rumah Nur Misuari di Bandar Davao sebelum diserahkan kepada polis.

Kumpulan Idang disyaki sebagai dalang penculikan di sebuah restoran makanan laut di Sandakan pada 14 Mei 2015.

Kedua-dua mangsa penculikan itu adalah pemilik restoran Thien Nyuk Fun dan jurutera Sarawak, Bernard Then Ted Fen.

Thien dibebaskan pada 8 November tahun itu tetapi Then dipenggal kepala oleh kumpulan tersebut.

Komando Keselamatan Timur Sabah memasukkan Idang dalam senarai 21 warga asing yang dikehendaki kerana didakwa terlibat dalam jenayah rentas sempadan di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone).

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker