Azeez kumpul RM27.8 bilion dalam tempoh empat tahun untuk TH

SHAH ALAM – Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memaklumkan bahawa dalam tempoh empat tahun semasa beliau mengambil alih Tabung Haji sebanyak RM27.8 bilion simpanan Tabung Haji dapat dikumpulkan.

“Pada 2017 waktu saya meninggalkan Tabung Haji wang dalam Tabung Haji mempunyai RM73.5 bilion yang ada dalam (TH waktu) itu. Waktu saya ambil alih Tabung Haji hanya mempunyai wang waktu itu hanya RM40 bilion.

“Jadi lebih RM27.8 bilion telah ditambah atau pun dimasukkan oleh pendeposit kerana percaya dengan Tabung Haji. Dalam masa empat tahun sudah sampai RM73.5 bilion,” katanya.

Azeez bersemuka dengan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dalam program Berani Semuka: Mujahid VS Azeez anjuran Sinar Harian dikendalikan Tan Sri Johan Jaaffar di Studio F Kompleks Karangkraf di sini, malam ini.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker