Zambry pengerusi baharu MAHB

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengumumkan pelantikan bekas menteri besar Perak, Zambry Abdul Kadir sebagai pengerusi kumpulan baharu, berkuatkuasa esok.

Beliau menggantikan Zainun Ali yang meletak jawatan hari ini.

“MAHB mengumumkan peletakan jawatan Zainun Ali sebagai pengerusi kumpulan selepas tamat urus niaga Bursa Malaysia hari ini (11 Ogos).

“Kumpulan dan ahli lembaga ingin mengucapkan penghargaan terhadap sumbangan beliau selama berkhidmat dengan syarikat,” kata MAHB dalam kenyataan hari ini.



Zainun, 68, bekas hakim Mahkamah Persekutuan dilantik sebagai pengerusi MAHB pada 18 Jan 2019, dan kontrak 2 tahunnya hanya akan berakhir pada Januari 2021.

Dia juga merupakan wanita pertama mengetuai MAHB.

Zambry sebelum ini berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Mind Institute dan CEO Pusat Pengajian Pembangunan dan Kepimpinan.

Beliau juga memiliki ijazah sarjana dan PhD dari Temple University, Amerika Syarikat dan ijazah sarjana dan sarjana ekonomi (kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker