SAH! Mohd Zaidi Aziz calon UMNO di PRK Slim

Umno Perak mengumumkan pemangku Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz sebagai calon BN bagi PRK parlimen Slim.

Pengerusi perhubungan Umno Perak Saarani Mohamad membuat pengumuman itu pada sidang media di Trolak hari ini.

Ia mengesahkan jangkaan sebelum ini yang menyebut Zaidi disenarai pendek antara tujuh calon berpotensi mewakili parti pemerintah itu.

 

 

.

Biodata Calon BN PRK Slim, Perak

Mohd Zaidi Aziz

Umur: 43 tahun
Kini Pemangku Ketua UMNO Bhg Tg Malim, Perak

Pekerjaan: Berniaga/Usahawan
Alamat: Rumah Awam, Slim Village, 35800 Slim River, Perak
Pendidikan: Ijazah drpd Universiti Islam Antarabangsa – 2001 (Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences, IRKHS)

Keluarga
-Isteri: Juliana Sarip, (43 thn)
-Anak: 4 orang – Aliya Saajidah (16 thn), Zaim Najhan (15 thn), Hasan Khalil (11 thn) & Maryam Tihani (5 thn)

Pengalaman kerja:
-Pegawai Eksekutif Institut Pembangunan Minda Selangor INMINDS (2004-2007)
-Pegawai Pemantau Khas kpd Menteri Besar Selangor (2007-2008)
-Ahli Majlis Daerah Tg Malim (2020)
-Usahawan/Berniaga (Kini)

Pengalaman NGO/Pertubuhan Sukarela
-Penolong SU Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia, ABIM (2003-06)
-Presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, PKPIM (2001-03)
-AJK Kerja, Majlis Belia Malaysia, MBM (2001-07)
-Ahli Dewan Tertinggi, Majlis Belia Malaysia, MBM (2000-02)
-Ahli Majlis Perundingan Belia Negara (2001-18)
-Koordinator Program, Majlis Belia Asia, AYC (2005-15)
-Ahli Youth Caucus, Commonwealth Youth Programme Asia Region (2004-07)
-Exco J/Kuasa, Kerjasama Belia ASEAN, CAYC (2004-11)
-SU Agung, J/Kuasa Kerjasama Belia ASEAN, CAYC (2014-Kini)
-SU Agung, Majlis Belia Malaysia, MBM (2010-14)
-Timb Presiden, Majlis Belia Malaysia, MBM (2014-18)
-Timb Presiden, Federasi Kebangsaan Pekerja Belia, FKPB (2019-Kini)

Penglibatan Politik
-AJK Biro Kebajikan UMNO Malaysia (2015-18)
-Ketua Pemuda Cawangan Slim Village (2000-18)
-AJK Pemuda UMNO Bhg (2000-13)
-Ketua Penerangan UMNO Bhg (2013-18)
-Ketua UMNO Cawangan Slim Village (2018-Kini)
-Timb Ketua UMNO Bhg Tg Malim (2018-Kini)

Pingat Penghargaan
-Pingat Jasa Kebaktian, PJK (Melaka) 2013
-Pingat Pekerti Terpilih, PPT (Perak) 2016

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker