Padah percaya lelaki dikenali di aplikasi MiChat, lelaki berperwatakan wanita disamun

Mangsa kejadian samun yang disangkakan perempuan di Punggai, Pengerang di sini, semalam, sebenarnya adalah seorang remaja lelaki berperwatakan wanita.

Terdahulu, gambar mangsa kejadian berkenaan menjadi viral di laman sosial apabila dia dikatakan diculik dan cuba dirogol oleh dua lelaki warga Bangladesh.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora, menjelaskan remaja berusia 17 tahun itu bagaimanapun tampil membuat laporan mengenai kejadian di Kampung Gembut berkenaan, jam 5 petang.

“Mangsa mendakwa telah disamun oleh dua lelaki Bangladesh dalam lingkungan umur 30-an di tepi jalan kampung berkenaan.

“Siasatan mendapati mangsa sebelum itu mengenali suspek melalui aplikasi MiChat sebelum bersetuju keluar menemani mereka membeli barang di sebuah pasar raya di Bandar Penawar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, polis sedang mengesan kedua-dua suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan menghubungi pegawai penyiasat di talian 011-10823779.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker