Rafizi nak tuduh saya berpakat untuk songlap dana LCS?

Rafizi nak tuduh saya berpakat untuk songlap dana LCS?

Najib Razak membangkitkan persoalan sama ada Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mahu menuduhnya berpakat untuk “songlap” dana projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS).

Bekas perdana menteri itu berkata demikian setelah memperincikan pemilikan saham subkontraktor Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED).



Katanya, syarikat itu ialah usaha sama antara anak syarikat Boustead Naval Shipyard milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)–Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC)–dan syarikat Jerman terkenal Rheinmetall Air Defence AG.

Katanya, pengarah urusan BHIC dan pengerusi jawatankuasa projek LCS pada masa itu adalah bekas panglima tentera laut Ahmad Ramli Mohd Nor.

“Syarikat BHIC juga merupakan syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia. Jadi, apa kaitan isu ini dengan saya?

“Dan adakah Rafizi tuduh bahawa bekas panglima tentera laut, LTAT dan syarikat gergasi Jerman itu berpakat dengan saya untuk songlap?” soalnya.



Menegaskan tidak pernah campur tangan dalam pemberian dan pengurusan LCS, Najib berkata dia tiada bantahan sekiranya bekas panglima Laut, Boustead dan syarikat Jerman itu disiasat.

“Saya tak ada bantahan sebab saya langsung tak terlibat,” katanya.

Najib berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rafizi yang mengaitkannya ketika mengulas pemberian kontrak secara berlapis-lapis yang melonjakkan harga projek tiga kali ganda.

Rafizi semalam menuduh Najib mungkin mempunyai peranan menentukan reka bentuk LCS kerana rekodnya dengan DCNS melalui perjanjian kapal selam Scorpene pada awal 2000-an.



DCNS, yang dijenamakan semula sebagai Naval Group, merupakan kontraktor Malaysia untuk dua kapal selam kelas Scorpene pada 2002, perjanjian yang kini tertakluk kepada siasatan rasmi pihak berkuasa Perancis. Mk

Rafizi nak tuduh saya berpakat untuk songlap dana LCS?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah

Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan



‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker