Covid-19 : 11 kes baru dilaporkan hari ini

Status terkini COVID-19 setakat 12 Ogos 2020

Jumlah discaj baru: 8
Jumlah kumulatif discaj: 8817 (96.7%)

Jumlah kes baru; 11
Jumlah kumulatif: 9114
Jumlah kes aktif: 173

Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 125 (1.37%)

Jumlah kes di ICU: 2
Pesakit intubated: 0

Sebanyak 11 kes baru Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala pesakit yang sembuh dan dibenarkan pulang sebanyak 8 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif sebanyak 173 kes dengan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 setakat ini sebanyak 9,114 kes.

Sehingga kini, terdapat 2 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) bagaimanapun tiada kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah kematian kekal 125 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker