Sivagangga : Nasi Kandar Salleh tidak dibenarkan kembali beroperasi

“Tiada lagi Nasi Kandar Salleh.”

Itu penegasan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, selepas kerajaan negeri mengambil tindakan tegas ke atas pemilik Nasi Kandar Salleh di Napoh itu untuk tidak membenarkan premis itu kembali beroperasi.

Menurut beliau, premis terbabit sudah diarah tutup dan disita sebelum tindakan lanjut ditentukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) tamat pada 30 Ogos ini.

Muhammad Sanusi berkata, Majlis Daerah Kubang Pasu juga telah membatalkan lesen perniagaan kedai terbabit

Dalam masa sama, katanya, beliau memahami banyak pihak tidak berpuas hati dengan pemilik premis terbabit.

Bagaimanapun, kerajaan negeri katanya, bertanggungjawab memastikan pelaksanaan TEMCO berjalan lancar terlebih dahulu.

“Berkaitan dengan kedai (nasi kandar) Salleh ini sudah diarah tutup. Saya dengar tidak ada tempoh untuk dibuka balik, saya juga difahamkan akan diambil tindakan lain (termasuk) disita dan tidak akan dibuka lagi, kata beliau.

Muhammad Sanusi berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bantuan (PKOB) TEMCO Kubang Pasu di Dewan Tunku Anum Kubang Pasu, hari ini.

Sebelum ini, TEMCO terpaksa dilaksanakan di empat mukim di Kedah susulan kewujudan Kluster Sivagangga, berpunca daripada pengusaha kedai nasi kandar di Napoh itu yang didapati positif COVID-19 selepas pulang dari India.

Sehingga hari ini seramai 3,400 penduduk di kawasan itu serta kontak rapat kluster PUI Sivagangga telah melakukan saringan COVID-19. Awani

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker