Lantik anak jadi pegawai kewangan, bekas CEO mengaku tak salah

Lantik anak jadi pegawai kewangan, bekas CEO mengaku tak salah

MELAKA: Seorang bekas ketua pegawai eksekutif sebuah anak syarikat milik kerajaan Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan menyalahgunakan jawatan dengan melantik anaknya sebagai pegawai kewangan syarikat itu.

Amir Ali, 56, ketika itu menjawat jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Melaka Halal Hub Sdn Bhd, didakwa menggunakan jawatannya untuk melantik anak perempuannya, Nur Hafizah, memegang jawatan pegawai kewangan gred W41.



Dia dituduh melakukan perbuatan itu di syarikat berkenaan di Bangunan Anchor, Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub, Serkam di Jasin pada 1 April 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan jika dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Azriff Firdaus Mohamad Ali mencadangkan jaminan antara RM7,000 hingga RM15,000 dan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melapor diri ke pejabat SPRM Melaka sebulan sekali sehingga kes selesai dan pasport diserah kepada mahkamah.

Peguam Azrul Zulkifli Stork yang mewakili tertuduh pula memohon agar jaminan dikurangkan kepada RM3,000 memandangkan anak guamnya mempunyai 10 orang tanggungan dan telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM.



Hakim Elesabet Paya Wan membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dan membenarkan syarat tambahan serta menetapkan 2 Nov depan sebagai tarikh sebutan semula kes. FMT

Lantik anak jadi pegawai kewangan, bekas CEO mengaku tak salah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”

Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik



Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ

GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker