ISTERI GUAN ENG ‘BERLAKON’ TARIK SIMPATI

TAKTIK AIRMATA UNTUK UBAH PERSEPSI PERTUDUHAN

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan isteri beliau Betty Chew dituduh di Mahkamah di bawah Akta SPRM. Terdahulu Ahli Parlimen DAP dituduh lebih awal di sebuah Mahkamah Kuala Lumpur kerana menerima imbuhan sebanyak 10% dari projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Menerusi siasatan yang dilakukan SPRM telah mendedahkan berlaku penggubahan wang haram dalam urusan melibatkan projek terowong dasar laut semasa Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Setiausaha Agung DAP tersebut dituduh menggunakan kedudukannya selaku Ketua Menteri dan Pengerusi Lembaga Tawaran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) melakukan suapan berjumlah RM372,009 ke akaun isterinya melalui syarikat Excel Property Management & Consulantcy Sdn Bhd.

Menurut Guan Eng, pertuduhan tersebut bermotifkan politik namun jika diteliti fakta kes ia langsung tiada kaitan dengan politik atau seumpamanya. Pihak SPRM telah menjalankan siasatan secara telus bagi meneliti perjalanan proses pembinaan terowong yang sehingga kini masih misteri tetapi telah menelan belanja hampir RM300 juta untuk kertas kajian sahaja. Kos keseluruhan projek tersebut mencecah RM6.3 billion. Berapa anggaran 10% daripada kos keseluruhan projek yang dikatakan diterima Guan Eng?

Taktik menggunakan elemen simpati sangat sinonim dengan DAP. Dalam kes melibatkan isterinya, Betty seolah dipaksa menangis dan Guan Eng menenangkannya sedangkan sejurus selepas itu tiada kesan airmata di wajah Betty. DAP juga sedang giat mempromosikan kes Setiausaha Agung DAP tersebut adalah dendam politik dan bagi menyakinkan penyokong tabung solidariti telah dilancarkan untuk mengutip derma membantu Guan Eng. Adakah derma sebegini tidak menyalahi etika atau dibenarkan dan tidak akan diperiksa untuk cukai? Derma sebegini diletakkan dalam kategori Derma Politik sebagaimana Derma yang diterima Najib atau tidak?

Lim juga terpaksa mengheret ibunya ke Mahkamah bagi melakonkan watak tidak bersalah di atas pertuduhan di Mahkamah. Sebagai seorang anak, nampaknya beliau tidak mempedulikan risiko jangkitan Covid19 terhadap ibunya yang berstatus warga emas. Apa sahaja yang mampu menarik perhatian dan boleh mengalih perhatian rakyat daripada pertuduhan beliau akan dilakukan. Ini sangat memualkan kerana rakyat masih ingat bagaimana Betty dibotakkan kepala hanya untuk mencari ihsan politik untuk DAP satu ketika dahulu. My-tv.online

Related Articles

2 Comments

  1. betty chew kata tuduhan yang dihadapinya ibarat mahu merosakkan hubungan’ dia & suami
    dalam erti kata lain ‘merosakkan hubungan’ itu juga bermaksud mahu memisahkan(bercerai) dia & suami
    aku nak kata….
    buto lah!
    yang boleh memisahkan(bercerai) ialah kehendak si suami atau si isteri itu sendiri, tiada orang lain!
    tengok DS Najib & DS Rosmah, steady je!
    bak kata satu lagu tu….
    kalau sudah cinta, ke Ethiopia(selalu berlaku kebuluran) pun si perempuan sanggup ikut apatah lagi ke Sungai Buloh

    bini guan eng minta simpati murahan, kahakptuihhh!!!

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker