Dana Guan Eng, macam mana ratusan rakyat tukar jadi ratusan ribu rakyat?

Oleh Dr Kamarul Yusoff

PENYUMBANG DANA LIM GUAN ENG: MACAM MANA TIBA-TIBA SAHAJA “RATUSAN RAKYAT MALAYSIA” BOLEH BERTUKAR JADI “RATUSAN RIBU RAKYAT MALAYSIA”?

Terkejut seketika membaca laporan The Malaysian Insight yang memetik Tony Pua sebagai berkata kempen kutipan dana “Solidariti bersama Lim Guan Eng” mendapat “sokongan melimpah ruah” di mana “ratusan ribu rakyat Malaysia pelbagai kaum bertindak dan menyertai kempen ini”.

Ini kerana kenyataan media Tony Pua yang beliau sendiri panjangkan ke dalam satu Group WhatsApp yang saya ada di dalamnya pada jam 12.30 tengahari tadi mengandungi petikan berbunyi “ratusan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang kaum telah pun menyambut seruan kempen ini”.



Malah kenyataan media Tony Pua yang disiarkan oleh laman Facebook Rasmi DAP dan laman Facebook Rasmi DAP Pulau Pinang sehingga sekarang masih mengandungi petikan berbunyi “ratusan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang kaum telah pun menyambut seruan kempen ini”.

Tergelak juga melihat macam-macam benda pelik berlaku di Malaysia sekarang.

Petikan yang berkenaan:
(1) https://www.facebook.com/87433504191/posts/10158401362309192/
(2) https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/266139



Timbalan Speaker Melaka tak benarkan Ketua Pembangkang akhiri bahas dengan petikan ayat Al Quran.(VIDEO)

SPRM siasat sindiket disyaki ‘cuci’ ratusan juta ringgit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker