Covid-19 : 9 kes baru hari ini

Jumlah discaj baru: 6
Jumlah kumulatif discaj: 8809 (96.8%)

Jumlah kes baru; 9
Jumlah kumulatif: 9103
Jumlah kes aktif: 169

Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 125 (1.37%)

Jumlah kes di ICU: 2
Pesakit intubated: 0

SITUASI TERKINI KES DALAM KLUSTER PUI SIVAGANGGA DAN KLUSTER KURAU

Adalah dimaklumkan bahawa tiada kes baharu dilaporkan bagi kedua-dua kluster PUI Sivagangga dan kluster Kurau hari ini.

Sehingga 11 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 5,645 orang telah disaring dalam Kluster PUI Sivagangga. Tiada kes baharu yang dilaporkan dalam kluster ini, justeru kes positif COVID-19 kekal 45. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

1. Kedah (4,154 disaring):
• 31 kes dikesan positif COVID-19;
• 4,112 individu negatif; dan
• 11 individu masih menunggu keputusan.

2. Perlis (1,223 disaring):
• 11 kes dikesan positif COVID-19;
• 681 individu negatif; dan
• 531 individu masih menunggu keputusan.

3. Pulau Pinang (268 disaring):
• Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19;
• 243 individu negatif; dan
• 22 individu masih menunggu keputusan.

Manakala bagi Kluster Kurau pula, seramai 180 orang telah disaring dari negeri Perak dan Pulau Pinang. Kluster ini juga tidak melaporkan kes baharu, justeru kes positif COVID-19 kekal lima (5). Daripada jumlah selebihnya:
• 123 individu negatif; dan
• 52 individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kedua-dua kluster ini. Situasi terkini juga akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker