Betty dakwa ia cubaan ‘merosakkan’ hubungan dengan suaminya

BUTTERWORTH – Isteri Lim Guan Eng, Betty Chew dalam nada beremosi melahirkan rasa terkejut, kecewa dan sedih terhadap tiga pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram bernilai RM372,009.

Betty yang juga seorang pengamal undang-undang mendakwa dirinya bukan sahaja menjadi mangsa politik yang cuba menjatuhkan Lim Guan Eng sebaliknya juga cubaan merosakkan hubungannya dengan suaminya.

“Saya terkejut dengan tiga dakwaan penggubahan wang haram ke atas saya. Saya ini biasa sahaja, bukanlah ‘Kak Long’ pun. Jadi mengapa?

“Adakah kerana saya ini adalah saya adalah isteri Lim Guan Eng? Adakah begitu? Saya hendak tahu adakah anda akan berpuas hati jika berjaya ‘memisahkan’ dan merosakkan hubungan suami- isteri?

“Seperti yang umum tahu, keluarga Guan Eng adalah penyokong terkuat beliau. Tulang belakangnya. Jadi dengan berbuat begini anda boleh memecahbelahkan keluarga kami dan akhirnya menjatuhkan beliau,” katanya dengan suara tersekat-sekat pada sidang media di Pusat Khidmat Bagan hari ini.

Betty berdepan tuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (a) dan (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Hasil Kegiatan Haram 2001.

Jika sabit boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda kali ganda jumlah suapan tersebut.

Sambung Betty, apa yang terjadi kepadanya bukan sahaja teruk dan keji tetapi juga boleh kepada sesiapa sahaja.

“Ingat ya, apa yang berlaku kepada saya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Suami saya adalah manusia yang baik dan mulia pekertinya. Beliau juga ketua keluarga yang baik sekali.

“Pastinya setiap wanita di luar sana akan berdiri teguh di belakang suami anda seperti saya.

“Tuhan sedang melihat semua perbuatan keji ini, pastinya akan ada balasan kelak,” ujarnya hampir menangis. – MalaysiaGazette

Related Articles

2 Comments

  1. maksud betty chew tentang merosakkan hubungan itu ialah bercerai antara dia & suami
    aku nak kata….
    buto lah!
    yang boleh memisahkan(bercerai) ialah kehendak si suami atau si isteri itu sendiri, tiada orang lain!
    tengok DS Najib & DS Rosmah, steady je!
    bak kata satu lagu tu….
    kalau sudah cinta, ke Ethiopia(selalu berlaku kebuluran) pun si perempuan sanggup ikut apatah lagi ke Sungai Buloh

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker