Warisan pun ada ‘katak’, PBS tegur Shafie

Share

PBS membidas “hipokrasi” Presiden Warisan Shafie Apdal kerana mengecam mereka yang berhijrah ke pembangkang, mengatakan Warisan juga dianggotai “katak politik”.

Ketua Penerangan Joniston Bangkuai berkata Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking, dan Naib Presiden Junz Wong masing-masing berhijrah dari PKR dan DAP, walaupun mereka bertanding atas nama parti itu.

Beliau juga mengingatkan kerajaan pimpinan Warisan terbentuk kerana Upko dan beberapa wakil rakyat berhijrah dari parti mereka dan menyokong Shafie pada 2018.


ADVERTISING

Namun, apabila beberapa wakil rakyat menentang Shafie, mereka dikecam sebagai “pengkhianat mandat rakyat”, katanya.

“Nampaknya takrif ‘katak’ bagi Shafie adalah orang yang tak menyokongnya,” kata Bangkuai dalam kenyataan.


“Beliau tiada wibawa moral dan integriti politik untuk mengajar ‘katak’ dan patut hentikan hipokrasi ini.”

Shafie semalam menggesa rakyat Sabah “ajar” mereka yang berhijrah parti pada pilihan raya negeri akan datang.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata “katak politik” tidak akan dipertimbangkan apabila memilih calon pada PRN itu nanti.


Beliau berkata kesetiaan penting kerana tiada guna meletakkan calon yang berpaling tadah.

“Shafie boleh lepaskan kekecewaannya dan gelar apa sahaja wakil rakyat yang tinggalkan kerajaannya, tetapi sebelum berbuat demikian, beliau patut cermin diri sendiri,” katanya. FMT

Leave a Reply