Sultan Johor beri amaran keras pengusaha restoran jual daging eksotik

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran kepada pemilik restoran supaya dengan segera memberhentikan penjualan daging haiwan eksotik di negeri ini.

Baginda bertitah, sekiranya ada yang masih ingkar dan terus menjual daging haiwan eksotik, mereka bakal berdepan tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

“Pengedaran daging haiwan eksotik perlu dihentikan segera. Saya memberi amaran terakhir kepada pemilik restoran yang berbuat demikian.

Polis Johor tumpas sindiket pemburuan haiwan eksotik

“Segera hentikan penjualan daging haiwan eksotik, jika tidak anda akan berdepan dengan tindakan jika ditahan. Anda akan berdepan dengan tindakan jika ditangkap,” titah Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO).

Baginda bertitah, pemburu haram disyaki menjual daging haiwan eksotik kepada restoran berkenaan.

Amaran Sultan Johor itu susulan daripada penahanan beberapa suspek oleh polis selepas terlibat dalam aktiviti pemburuan haram berskala besar seperti didedahkan baginda semalam.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker