Nak beli rumah pertama tapi tiada deposit, ini cara dapatkan insentif RM30,000

Buat anda yang ingin memiliki rumah pertama, pasti anda pernah dengar dengan skim perumahan pertama yang diperuntukkan oleh kerajaan.

Skim MyDeposit ini membolehkan anda mendapat insentif sebanyak RM30,000 untuk membuat deposit rumah pertama!

Memang berbaloi dan ini informasi yang anda perlu tahu jika berminat.

Bagi anda yang berusia 21 tahun dan keatas dengan pendapatan antara RM3000 hingga RM15,000 sebulan, layak untuk mendapat bantuan insentif deposit ini.

Melalui MyDeposit, pembeli rumah pertama boleh mendapat sumbangan satu kali sebanyak 10% daripada harga jualan atau maksimum RM30,000 (mana yang lebih rendah).

Jumlah ini tidak perlu dibayar balik kerana sumbangan daripada kerajaan.

Sebelum ini sejumlah 1,469 permohonan sudah diluluskan dengan bayaran lebih daripada RM39 juta di bawah skim ini.

Untuk pengetahuan anda, permohononan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan anda boleh membuka akaun di https://sprn.kpkt.gov.my/.

Untuk maklumat lanjut mengenai MyDeposit2020, anda boleh layari laman web MyDeposit2020.

Untuk maklumat mengenai MyHome, anda boleh rujuk laman web https://teduh.kpkt.gov.my/

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker