Majoriti pandang negatif, kenapa saya seorang jadi sasaran?

oleh Dr Kamarul Yusoff

MAJORITI PENGANALISA POLITIK PANDANG NEGATIF PARTI BARU TUN DR MAHATHIR, TETAPI MENGAPA HANYA SAYA YANG DIJADI SASARAN SERANGAN?

Berdasarkan tinjauan sepintas lalu saya, selain daripada saya, hampir semua penganalisa politik yang memberi komen terhadap parti baru Tun Dr Mahathir setakat ini memberi komen yang negatif kepadanya.

Sehingga sekarang, sekurang-kurangnya sudah ada lapan penganalisa politik yang memberi komen negatif terhadap parti baru Tun Dr Mahathir ini, iaitu:

(1) Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed dari UUM yang dipetik sebagai berkata bahawa parti baru Tun Dr Mahathir “dilihat tidak akan berjaya” kerana “Dr Mahathir tidak mempunyai dokongan kuat daripada akar umbi”. Baca di sini: https://www.sinarharian.com.my/article/95660/BERITA/Politik/Parti-baharu-Tun-M-tidak-beri-impak

(2) Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari USM yang dipetik sebagai berkata bahawa parti baru Tun Dr Mahathir “akan mengalami kesukaran untuk meyakinkan pengundi Melayu” dan “tidak akan memberi banyak impak” (“will not make much headway”). Baca di sini: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/08/09/ego-trip-or-game-changer-analysts-point-to-tough-road-ahead-for-dr-ms-new-p/1892242

(3) Prof Madya Dr Azmi Hassan dari UTM yang dipetik sebagai berkata bahawa parti baru Tun Dr Mahathir “akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan pengikut” dan “tidak akan mampu memainkan peranan yang berkesan dalam lanskap politik” selain menyifatkan penubuhannya sebagai “satu kesilapan taktikal”. Baca di sini: https://www.malaysiakini.com/news/537811 dan di sini: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/08/09/dr-ms-party-will-fail-going-it-alone-say-analysts/

(4) Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari UM yang dipetik sebagai berkata bahawa parti baru Tun Dr Mahathir “akan tenggelam di tengah-tengah parti politik Melayu lain jika bergerak bersendirian”, “akan mengalami kesukaran untuk bertahan” dan “akan mengalami kesukaran untuk meyakinkan pengundi-pengundi Melayu”. Baca di sini: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/08/09/dr-ms-party-will-fail-going-it-alone-say-analysts/ dan di sini: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/08/09/ego-trip-or-game-changer-analysts-point-to-tough-road-ahead-for-dr-ms-new-p/1892242

(5) Prof Madya Dr Lee Kuok Tiung dari UMS yang dipetik sebagai berkata bahawa parti baru Tun Dr Mahathir “tidak akan mampu bertahan lama jika bergerak sendirian tanpa bekerjasama dengan sama ada PH atau PN”. Baca di sini: https://www.malaysiakini.com/news/537811

(6) Dr Azmil Mohd Tayeb dari USM yang dipetik sebagai berkata bahawa parti baru Tun Dr Mahathir “akan sangat sukar memperolehi pengundi baru kerana pengundi sudah tepu” dan “tidak berkemungkinan untuk memberi impak dalam pilihan raya kerana tiada jentera dan ahli yang cukup”. Baca di sini: https://www.themalaysianinsight.com/s/265665

(7) Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri dari UUM yang dipetik sebagai berkata bahawa parti baru Tun Dr Mahathir “tidak akan memberi impak yang kuat kepada politik tanah air” dan yang “mempersoalkan perjuangan atau matlamat yang hendak dibawa Tun Dr Mahathir”. Baca di sini: https://www.sinarharian.com.my/article/95660/BERITA/Politik/Parti-baharu-Tun-M-tidak-beri-impak

(8) Dr Hoo Ke Ping yang dipetik sebagai berkata bahawa parti baru Tun Dr Mahathir “tidak akan mampu mempengaruhi politik Melayu secara signifikan”. Baca di sini: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/08/09/ego-trip-or-game-changer-analysts-point-to-tough-road-ahead-for-dr-ms-new-p/1892242

Peliknya, mengapa hanya saya yang dijadi sasaran serangan oleh penyokong Tun Dr Mahathir, termasuklah oleh Setiausaha Politik beliau, Saudara Abu Bakar Yahya?

Mohon berlaku adillah kepada saya sebab apa yang saya sebut pun sebenarnya adalah sama sahaja dengan apa yang penganalisa-penganalisa politik lain sebut.

Kalau nak serang tu kena serang semualah.

Sumber: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=760699211141361&id=100016038673363

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker