Guan Eng tiba di mahkamah

Lim Guan Eng hari ini hadir di Mahkamah Sesyen Butterworth untuk menghadapi satu pertuduhan namun peguamnya masih tidak tahu apa dakwaan yang akan dikenakan ke atas bekas menteri kewangan tersebut.

Seorang daripada peguam bela Lim, Gobind Singh Deo, berkata pihaknya masih tertanya-tanya berkenaan dakwaan yang akan dibuat oleh pihak berkuasa.

Lim pula berkata dia hanya akan memberi kenyataan selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah hari ini.

Lim tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.55 pagi ditemani isterinya, Betty Chew dan ibunya. Mereka kemudian disambut pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (PH).

Antara pemimpin PH yang kelihatan setakat ini ialah exco negeri, Soon Lip Chee dan Phee Boon Poh; bekas esco, Abdul Malik Abdul Kassim dan Anggota Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh.

Anggota parlimen Bagan itu dijadual didakwa di depan hakim Ahmad Azhari Abdul.

Selain Gobind, turut bertindak sebagai peguam bela Lim ialah Ramkarpal Singh, RSN Rayer dan V Vemal Arasan, manakala Ahmad Akram Gharib, Muhamad Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar dan Francine Cheryl Rajendram bertindak sebagai timbalan pendakwa raya.

Pada 7 Ogos lalu Lim sudah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana didakwa meminta suapan daripada projek terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion.

MK

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker