Bersatu Hulu Langat pula dibubarkan

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Hulu Langat menjadi bahagian terbaharu yang dibubarkan hari ini.

Keputusan pembubaran itu dicapai dalam Mesyuarat Hala Tuju Bersatu Cawangan – Bahagian Hulu Langat pada 9 Ogos lalu.

Lapan cawangan yang telah terbubar adalah Cawangan Dusun Tua, Cawangan Semenyih Indah, Cawangan Bandar Rinching Seksyen 5-6, Cawangan Kuala Pajam, Cawangan Kampung Rinching, Cawangan Kampung Tanjong, Cawangan Batu 26 Beranang dan Cawangan Batu 10 Cheras.

Kesemua pembubaran cawangan itu berkuatkuasa serta merta.

“Kesemua ahli-ahli cawangan berjumlah 450 orang juga turut diisytharkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Hulu Langat.

“Pembubaran ini adalah mesej jelas oleh ahli akar umbi terhadap keputusan pucuk pimpinan parti yang jelas telah lari daripada objektif dan prinsip asal parti,” kata kenyataan satu muka surat itu.

Turut keluar parti adalah Ketua Cawangan Kampung Rinching, Datuk Markiman Kobiran.

Ujar mereka, prinsip Bersatu, Beramanah, dan Bermaruah tidak lagi menjadi asas perjuangan parti.

Dalam pada itu, mereka turut menjangkakan akan lebih banyak cawangan-cawangan dan ahli parti Bahagian Hulu Langat akan meninggalkan parti dan bersama perjuangan bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad. – MalaysiaGazette

Related Articles

One Comment

  1. Prinsip perjuangan apa yang puak2 keluar Bersatu ni cakap?? Adakah dulu dalam kerajaan PH, menteri2 Bersatu jadi tunggul dan Budak Suruhan DAP itu bermaruah? Sahlah, puak2 ni jenis yang berjiwa hamba kepada DAP dan pengikut Bapak Kleptokrasi, Mahathir.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker