“Bimbang Bukan Pecah Rekod Tayangan, Tapi Rekod Covid-19- Ustazah Asma Harun Ulas Pawagam Bakal Dibuka

“Bimbang Bukan Pecah Rekod Tayangan, Tapi Rekod Covid-19- Ustazah Asma Harun Ulas Pawagam Bakal Dibuka

PEMBUKAAN beberapa sektor ekonomi dan sosial dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerima pelbagai reaksi masyarakat termasuklah golongan selebriti dan agamawan.

Pendakwah terkenal, Asma Harun turut terpanggil menyuarakan pandangan khususnya mengenai kelonggaran dan kebenaran panggung wayang untuk kembali beroperasi bermula Khamis.

Asma berkata pembukaan premis pawagam dikhuatiri boleh menjadi lubuk penularan wabak Covid-19 dan menggalakkan aktiviti tidak bermoral dalam kalangan anak muda

Menurut Asma, beliau faham pekerja industri kreatif perlu mencari pendapatan, namun baginya, risiko jangkitan COVID-19 agak tinggi dalam panggung wayang yang tertutup dan berhawa dingin.

“Ya kita faham, mereka juga perlu cari pendapatan dan kita tahu memang berjuta rakyat hilang kerja dan tukar sumber rezeki kesan daripada pandemik.

“Saya percaya mereka yang terlibat dengan dunia pawagam juga melalui hal yang sama termasuk para artis filem, ramai yang dah ada sumber pendapatan lain.

“Maksudnya mereka tidaklah bergantung kepada sumber pawagam semata-mata. Mungkin saya yang berfikiran pendek dan cetek.

Saya bayangkan, jika seorang sahaja pembawa, dalam tempoh dua jam berada dalam pawagam, tempat tertutup dan berhawa dingin… ia sangat berisiko.

“Bimbang bukan pecah rekod tayangan atau blockbuster, tapi pecah rekod Covid-19. Belum cerita bab pergaulan bebas, buka ruang maksiat muda-mudi dan lain-lain lagi,” katanya menerusi Instagram.

Sementara itu, Asma memberitahu dia membaca banyak komen daripada netizen yang turut mengakui kurang senang dengan tindakan kerajaan membenarkan pembukaan panggung wayang

Malah ada yang membuat perbandingan pembukaan masjid di mana prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat kerana beberapa aktiviti keagamaan masih tidak dibenarkan.

“Jika satu pihak penuh dengan hati-hati dalam membuka ruang berkumpul, manakala pihak yang lain begitu mudah walaupun lebih berisiko, ia adalah sesuatu yang sangat tidak seimbang, seolah-olah kurang muafakat dan teliti.

“Maaf sangat, saya baca di ruangan komen (Facebook) Kementerian Kesihatan Malaysia memang ramai yang tak puas hati dan banyak pihak buat perbandingan dengan masjid yang masih belum dibuka untuk kapasiti mengikut keluasan, kuliah dhuha dan lain-lain pengajian agama, tetapi pawagam dengan kapasiti 50 peratus dibenarkan?” soalnya.

Meskipun kurang bersetuju dengan tindakan pihak berkuasa itu, Asma percaya mereka sudah membuat kajian dan penelitian mendalam sebelum membenarkan pawagam kembali beroperasi.

Malah dia yakin masjid dan program keagamaan juga akan dibenarkan berjalan seperti biasa tidak lama lagi.

“Namun kita akur dan yakin pihak berwajib buat keputusan terbaik mengikut situasi semasa berdasarkan kajian dan penelitian yang mendalam berkaitan masjid dan surau.

“Kita juga faham dan hormati bahawa pengurusan agama adalah di bawah kuasa negeri masing-masing. Kita masih perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan endemik.

“InsyaAllah tak lama lagi kerinduan kita kepada masjid, surau dan majlis ilmu alam nyata akan jadi kenyataan,” ujarnya-mSTAR

“Bimbang Bukan Pecah Rekod Tayangan, Tapi Rekod Covid-19- Ustazah Asma Harun Ulas Pawagam Bakal Dibuka


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Koperal cedera parah dilanggar, diseret suspek

Taliban sedia jalin hubungan kecuali dengan Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker