Mahathir, Mukhriz dan Maszlee: Perjuangan atau Gila Kuasa?

oleh Ab Jalil Backer

Jumaat lepas Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu dengan beliau sebagai Pengerusi dan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Presiden.

Sidang media yang turut menyaksikan kehadiran bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading Datuk Dr Shahruddin Md Salleh, tidak lebih daripada pengumuman kewujudan Bersatu 2.0.

Sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Dr Mahathir berceramah ke serata negara menyatakan bahawa tujuan dan matlamat beliau kembali menyertai politik hanya untuk menyingkirkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Bukan sahaja Dr Mahathir, malah Dr Maszlee Malik, selepas PRU14 memberitahu pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bahawa satu-satunya tujuan beliau menyertai politik adalah untuk menjatuhkan Mohd Najib.

Minggu lepas Mohd Najib sudah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. Ia sepatutnya menjadi titik noktah perjuangan Mahathir, Mukhriz dan Maszlee.

Jadi jika demikian matlamat suci murni Mahathir, Mukhriz dan Maszlee, mengapa mereka masih dalam politik dan meneruskan penubuhan parti baharu bagi memecahkan lagi orang Melayu dan Islam di negara ini?

Maka minggu ini terdedahlah niat sebenar Mahathir adalah kuasa. Mohd Najib hanya ‘kambing hitam’ dan batu loncatan untuk beliau kembali berkuasa.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker