Dap lancar tabung untuk Guan Eng

Share

DAP lancar tabung solidariti RM10 seminggu untuk Guan Eng

DAP melancarkan tabung RM10 seminggu untuk membayar wang ikat jamin yang dikenakan ke atas setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng oleh mahkamah semalam berkait pertuduhan rasuah yang dihadapinya.

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua dalam satu kenyataan berkata, tabung berkenaan adalah untuk membayar wang ikat jamin RM1 juta yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, serta membayar dana yang dipinjam daripada penyokong.


“Kami melancarkan kempen tabung RM10 seminggu untuk membayar wang ikat jamin Lim dan membayar balik jumlah yang kami pinjam.

“Kami percaya rakyat Malaysia akan menyokong kebaikan bagi memastikan keadilan tertegak,” katanya. FMT

Leave a Reply