Banyak kenderaan terperosok bawah treler, kemalangan di Simpang Ampat

Banyak kenderaan terperosok di bawah treler dalam satu kemalangan di Kilometer 223, Simpang Ampat, Melaka malam tadi.

Menurut Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), maklumat awal mendapati berlaku kemalangan dari arah Pedas Linggi ke Simpang Ampat

Ia menyebabkan keadaan trafik perlahan arah selatan, kata LLM.

Sementara itu, seorang netizen, Mohd Redzuan Abdul Manap menulis dalam Twitternya, banyak kenderaan terperosok bawah treler yang melintang di kedua dua laluan Lebuhraya Utara Selatan itu.

“Ia menyebabkan jalan menjadi sesak lebih enam kilometer,” katanya.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenainya belum diketahui.- MalaysiaGazette

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker