TMJ Mahu Backhand Mahathir?

Share

Sejurus Mahathir dilaporkan mahu menubuhkan parti baharu, Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Tengku Ibrahim tampil menunjukkan keperihatinan baginda terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat negara ini.

Melalui laman Instagram miliknya, Tengku Ismail berkata, di saat negara ketika ini memerlukan kestabilan untuk memperbaiki ekonomi bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, terdapat pula kumpulan yang gilakan kuasa.

Meskipun tidak memetik secara jelas nama mana-mana pihak, tetapi perkara itu dituju kepada bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baru sahaja mengumumkan penubuhan parti barunya.


“Rakyat tengah susah. Negara perlukan kestabilan untuk memperbaiki ekonomi supaya dapat membantu dan boleh mengurangkan beban rakyat.

“Semua dah kaya raya tetapi masih gila kuasa. Ada juga aku ‘backhand’ seorang-seorang,” katanya.

Sebelum itu, Tengku Ismail yang juga lebih dikenali sebagai TMJ turut berkongsi makna sebuah kematangan.


Baginda berpendapat bahawa kematangan bermaksud apabila seseorang belajar untuk melepaskan.

“Tak habis-habis nak pecahbelahkan Melayu,” ujarnya lagi. SuaraTV

Leave a Reply