Guan Eng berdepan tuduhan rasuah tiba di mahkamah

Share

Bekas ketua menteri Lim Guan Eng tiba di Mahkamah Sesyen untuk berdepan 1 tuduhan rasuah berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Lim, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam, tiba sekitar 9 pagi tadi.

Menurut kertas pertuduhan, Lim dituduh, semasa menjawat jawatan ketua menteri, secara rasuah meminta bagi diri sendiri balasan berupa 10% daripada keuntungan yang akan diperolehi kelak daripada Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, sebagai upah membantu syarikat itu dilantik untuk melaksanakan projek pembinaan terowong dasar laut dan jalan.

Beberapa pemimpin kanan DAP seperti Lim Kit Siang, yang juga bapanya, Tan Kok Wai, dan P Ramasamy tampil di kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan.

Leave a Reply