Anak dakwa k’jaan guna ‘politik kotor’ terhadap Guan Eng

Share

Anak lelaki Lim Guan Eng mendakwa pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas ketua menteri Pulau Pinang itu adalah untuk menjatuhkan DAP dan PH.

Menerusi satu hantaran Facebook semalam, Marcus Lim berkata mereka akan melawan apa yang disifatkannya sebagai politik kotor yang digunakan terhadap pembangkang.

“Bapa saya baru ditangkap. Sejujurnya, kami sudah menjangka ia akan berlaku sejak kejatuhan kerajaan PH.


“Rancangan mereka mudah, menganiaya dan menangkap pemimpin yang tidak tunduk kepada komplot kotor mereka.

“Motif mereka jelas, untuk memusnahkan DAP dan akhirnya menghancurkan PH…Jangan bimbang, kami akan lawan. Pastinya,” kata lelaki berusia 25 tahun itu.

Isteri Lim pula, Betty Chew memuat naik imej warna hitam seluruhnya pada gambar profil Facebooknya, sebagai tanda protes.


“Tuhan sedang melihat,” katanya.

Lim akan didakwa di mahkamah hari ini atas pertuduhan berkaitan projek terowong bawah laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata bekas menteri kewangan itu juga akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 10 dan 11 Ogos ini. Mkini


Leave a Reply