PAS akan bertanding PRN Sabah

‘Saya percaya PAS akan bertanding PRN Sabah’

Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah meletakkan harpaan bahawa parti itu akan menyertai pilihan saya negeri (PRN) Sabah susulan pembubaran dewan undangan negeri (DUN), baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, perkara itu belum diberi kata putus oleh PAS Pusat dan laporan lanjut mengenai situasi di negeri itu akan dibentangkan oleh PAS Sabah dalam mesyuarat jawatankuasa pusat pertengahan bulan ini.

“Sekarang ini kita sedang menunggu laporan dan pandangan daripada (PAS) Sabah yang mungkin akan dibentang dalam mesyuarat PAS pusat pertengahan bulan ini, daripada situlah PAS pusat akan buat keputusan sama ada kita sertai dan kalau kita sertai berapa kerusi kita akan bertanding.

“Sebab itu jawapan saya baru ini kita belum muktamad lagi walaupun Sabah untuk bersedia, tapi keputusan muktamad mesti dibuat di peringkat pusat.

“Selepas mendengar laporan daripada PAS Sabah dan Jabatan Pilihan Raya. Tapi saya percaya kita akan bertanding, cuma berapa kerusi tak tahu lagi,” katanya.

Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan program Jelajah Urusetia Belia dan Sukan, Muafakat Kelantanku Bersih peringkat DUN Panchor, Kota Bharu, hari ini.

Mohd Amar berkata, laporan oleh PAS Sabah sudah menjadi amalan biasa termasuk negeri-negeri lain berkait situasi politik semasa.

“Negeri akan bagi laporan mengenai politik semasa, peluang, masalah dan potensi, kemudiannya Jabatan Pilihan Raya akan bagi pandangan dan kita selesaikan.

“Kita akan buat keputusan di peringkat PAS Pusat dahulu, lepas itu baru kita selaraskan dengan kawan-kawan yang ada di Sabah,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai isu agihan kerusi di peringkat Muafakat Nasional katanya, PAS membuat polisi tidak dibincangkan di peringkat negeri sebaliknya akan diselesaikan peringkat pusat.

“Kita ada satu jawatankuasa dalam konteks Muafakat Nasional yang diwakili oleh PAS dan Umno, mereka akan berbincang tentang agihan kerusi di seluruh negara.

“Negeri hanya menerima keputusan tersebut, tetapi inpu-input diberi oleh negeri kepada pusat dan pusat akan selaras,” katanya. Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker