Awas bahaya metanol dalam hand sanitizer… punca keracunan dan kematian!

Share

FDA menyatakan kandungan metanol iaitu satu bentuk alkohol berbahaya pada produk hand sanitizer berpotensi meracun tubuh manusia melalui perantara kulit.

Ketika ini, produk pembasmi kuman itu menjadi keperluan penting sejak penularan Covid-19 sehingga membuatkan banyak perusahaan mengeluarkan hand sanitizer untuk dijual kepada pelanggan.

Disebabkan itu, ada di antara mereka mengambil kesempatan dengan menggunakan metanol dalam produk mereka yang jelas membahayakan kesihatan.


“Kegagalan pengeluar menarik balik semua produk yang mengandungi metanol akan meningkatkan risiko keracunan pada masyarakat,” kata FDA dalam satu kenyataan. FMT

Leave a Reply