Pegawai, anggota JSJ pegang jawatan sensitif perlu isytihar harta – Shuhaily

Pegawai, anggota JSJ pegang jawatan sensitif perlu isytihar harta – Shuhaily

Arahan supaya semua pegawai dan anggota polis yang memegang jawatan sensitif dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) mengisytiharkan harta telah dikeluarkan dua minggu lepas.

Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata tiada alasan untuk mereka tidak mengisytiharkan harta kerana arahan itu termaktub dalam pasukan polis.

Beliau berkata ia juga antara usaha untuk membersihkan pasukan JSJ dengan lebih berkesan selaras arahan Ketua Polis Negara dan timbalannya.

Mohd Shuhaily berkata jawatan sensitif itu ialah Risik dan Operasi, Ketua Bahagian JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah serta pegawai dan anggota D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat).

“Arahan berkenaan telah saya keluarkan pada dua minggu lepas kepada semua pegawai dan anggota JSJ yang bertugas dalam jawatan sensitif sebelum video ucapan saya menjadi tular dalam sosial media lagi.

“Pengisytiharan harta ini mestilah pengisytiharan harta yang telus dan komprehensif,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman semalam.

Mohd Shuhaily juga berkata beliau tidak pernah menghalang mana-mana pegawai dan anggota polis untuk memiliki kereta mewah sekiranya berkemampuan.

“Sekiranya seseorang itu berkemampuan maka berikan alasan mengapa dia mampu, itu sahaja.

“Saya tidak melarang sesiapa membeli kereta jika dia mampu, apa salahnya jika mempunyai sumber kewangan yang sah, siapa saya untuk menghalangnya?

“Selain itu, isteri seseorang pegawai dan anggota polis juga perlu membuat pengisytiharan harta jika bertugas di kementerian terlibat dan itu telah termaktub dalam arahan pasukan,” katanya.

Beliau turut membuka tawaran kepada mana-mana pegawai dan anggota polis yang ingin menjawat jawatan sensitif untuk mengemukakan surat permohonan serta borang pengisytiharan harta.

“Mereka yang terlibat akan ditemu duga oleh panel saya sebelum mereka diserapkan ke dalam unit-unit sensitif dan akan diaudit setahun sekali,” katanya. Mk

Pegawai, anggota JSJ pegang jawatan sensitif perlu isytihar harta – Shuhaily

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker