COVID-19: Kunjungi kelab malam, pantai punca peningkatan kes dalam kalangan remaja

Golongan muda yang mengunjungi kelab malam dan pantai antara faktor peningkatan kes baharu COVID-19 di seluruh dunia.

Berdasarkan analisis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ini kerana, kadar jangkitan dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 24 tahun meningkat tiga kali ganda dalam tempoh tiga bulan.

“Analisis itu juga mendapati terdapat enam jangkitan antara 24 Februari dan 12 Julai direkodkan dalam senarai individu berusia 15 hingga 24 tahun meningkat daripada 4.5 peratus kepada 15 peratus.

“Selain itu, Amerika Syarikat yang mendahului jumlah global dengan 4.8 juta kes, negara-negara eropah termasuk Sepanyol, Jerman dan Perancis serta negara-negara asia seperti Jepun mengesahkan jangkitan terbaharu adalah daripada golongan muda,” katanya yang dipetik laporan Reuters pada Rabu.

Sementara itu, seorang pengurus jururawat di Hospital Johns Hopkins di Baltimore, Maryland berkata orang muda cenderung terkena jangkitan kerana kurang kesedaran terhadap amalan penjarakan fizikal.

Katanya, peningkatan kadar jangkitan dalam kalangan mereka berpunca daripada kecenderungan melawat ke kawasan awam seperti pantai, kelab malam, atau di kedai makanan.

“Lonjakan kes baharu yang dipanggil gelombang kedua mendorong beberapa negara melaksanakan semula sekatan perjalanan dan dalam masa sama ratusan syarikat perubatan berusaha mencari vaksin virus tersebut.

“Negara-negara lain seperti Vietnam yang dipuji kerana berjaya mengawal penularan wabak dilaporkan wujud semula dan kini berusaha memerangi jangkitan baharu itu,” katanya. Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker