Tutup TikTok atau jual kepada kami – Trump
TikTok perlu dijual kepada AS pada 15 September atau dijual – Trump
Presiden Donald Trump berkata, operasi TikTok harus ditutup di Amerika Syarikat (AS) pada 15 September – kecuali jika ada perjanjian untuk menjual operasi domestik rangkaian sosial itu kepada Microsoft Corp atau syarikat AS yang lain.
Trump juga menyatakan Kerajaan Persekutuan harus dibayar jumlah yang sama dengan peratusan perjanjian itu, “sama ada Microsoft atau orang lain atau kepada individu Cina.”
“Saya tidak kisah sama ada Microsoft atau orang lain, syarikat besar, syarikat selamat, syarikat Amerika membelinya.
“Ia akan ditutup pada 15 September kecuali Microsoft atau orang lain dapat membelinya dan membuat perjanjian, satu perjanjian yang sesuai, sehingga Perbendaharaan Amerika Syarikat mendapat banyak wang,” ” kata Trump kepada wartawan di White House.
Trump telah melahirkan kemarahan ke atas TikTok selepas mengancam akan melarang operasi syarikat itu melalui tindakan eksekutif pada hari Sabtu.
Presiden AS itu kemudian bercakap dengan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella pada hujung minggu lalu mengenai usaha syarikat tersebut untuk membeli aplikasi video viral itu dan pentadbirannya akan menangguhkan pengharaman segera.
Microsoft dalam catatan blognya menyatakan ia mensasarkan untuk menyelesaikan perjanjian operasi TikTok di AS serta di Kanada, Australia dan New Zealand, selewat-lewatnya pada 15 September.
White House menegaskan tentang tarikh akhir tersebut, sekaligus memberi tekanan terhadap perincian utama untuk perjanjian jual beli – termasuk harga – yang masih belum dapat dimuktamadkan.
“Amerika Syarikat harus mendapat peratusan harga yang sangat besar, kerana kami melaksanakannya,” kata Trump pada taklimat media ketika ditanya mengenai gesaannya agar Perbendaharaan mendapat bahagian dalam perjanjian urus niaga TikTok.
“Apa pun jumlahnya, ia akan datang daripada penjualan – yang tidak akan difikirkan oleh orang lain melainkan saya, tetapi itulah cara saya berfikir – dan saya fikir ia sangat adil,” katanya, tanpa menyatakan jumlah pembayaran yang akan dibuat.
Microsoft dalam kenyataannya berkata, “keuntungan ekonomi kepada Amerika Syarikat, termasuk Perbendaharaan Amerika Syarikat.”
Trump mempersoalkan siapa yang akan mendapat hak atas nama syarikat itu sekiranya TikTok dimiliki oleh dua syarikat yang berbeza.
“Pendapat peribadi saya adalah lebih baik mereka membeli semuanya daripada membeli 30% sahaja. Saya rasa beli 30% itu rumit,” katanya.
White House juha menyatakan kebimbangan syarikat induk TikTok, ByteDance Ltd., dapat memaksa data pengguna AS ke Beijing atau menggunakan aplikasi tersebut untuk mempengaruhi 165 juta rakyat AS lebih dari 2 bilion pengguna di seluruh dunia, yang telah memuat turun aplikasi itu.
Dan Trump telah berusaha meningkatkan tekanan pada China menjelang pilihan raya November, susulan rasa kecewa dengan kelewatan pelaksanaan perjanjian perdagangan yang dicatatkan awal tahun ini dan penyebaran koronavirus yang menyebabkannya menyalahkan China.
Trump pada Isnin menyatakan TikTok “tidak dapat dikawal atas alasan keselamatan oleh China. Terlalu besar, terlalu invasif dan tidak mungkin.
Dalam catatan blognya, Microsoft berjanji untuk menambah lebih banyak perlindungan keselamatan, privasi dan keselamatan digital aplikasi TikTok dan memastikan semua data peribadi rakyat Amerika dipindahkan kembali ke AS. dan dihapuskan daripada pelayan di luar negara.
Microsoft juga mungkin akan mengundang pelabur Amerika lain untuk mengambil bahagian minoriti dalam TikTok.
“Microsoft sangat menghargai pentingnya menangani kebimbangan masalah Presiden. Microsoft komited untuk membeli TikTok tertakluk kepada kajian keselamatan yang lengkap,” katanya.
Namun, penggubal undang-undang AS dan pegawai pentadbiran memilih untuk menutup aplikasi itu sama sekali bagi menghantar mesej ke China setelah Beijing menyekat syarikat Amerika seperti Facebook Inc., Twitter Inc. dan Google Alphabet Inc.
Penasihat White House, Peter Navarro dalam wawancara dengan CNN dan Fox News berkata, beliau tidak pasti Microsoft adalah syarikat yang tepat untuk membeli operasi TikTok AS kerana ia membantu membina firewall Internetnya. – MalaysiaGazette