Marah minta cerai, lelaki jerut isteri sampai mati

Gambar Hiasan

SHAH ALAM – Seorang lelaki direman bermula Jumaat sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan isterinya di dalam sebuah kereta di Taman Mas Putra Perdana, Rabu lalu.

Kejadian dikatakan berlaku selepas suspek marah kerana isterinya mahu memfailkan penceraian mereka.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek berusia 41 tahun dipercayai menjerut leher isterinya dengan menggunakan tudung yang dipakai mangsa sehingga mati di dalam kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih

“Suspek kemudian membawa isterinya berusia 40 tahun itu dengan kenderaan tersebut menghala ke Tasik PKNS, Pinggiran Cyberjaya kira-kira jam 4.30 petang.

“Lelaki itu meletakkan mayat isterinya di tempat duduk pemandu dan mengambil dompet serta telefon mangsa sebelum meninggalkannya dalam keadaan enjin dihidupkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, lelaki berkenaan bersama anak perempuannya yang berusia 14 tahun keluar menaiki Grab dan pergi semula ke lokasi terbabit pada Khamis jam 1.23 pagi sebelum menghubungi polis.

Menurutnya, pemeriksaan polis di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa melainkan telefon bimbit dan beg duit telah tiada, tetapi gelang emas masih berada di pergelangan tangan kiri.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan hasilnya mendapati punca kematian adalah ‘compression of neck’,” katanya.

Beliau berkata, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang telah menahan lelaki tersebut di pekarangan Hospital Serdang pada jam 12.30 tengah hari.

“Suspek telah menunjukkan tempat barang milik isterinya yang telah dibuang di hadapan Masjid Putra Perdana dan sehelai baju kemeja batik berwarna hitam,” katanya.

Tambahnya, suspek juga menunjukkan tempat dia membuang telefon bimbit jenis Samsung milik mangsa di dalam tasik di Taman Putra Perdana namun polis tidak menemuinya.

“Suspek juga mengaku telah memecahkan telefon tersebut menggunakan seketul batu untuk merosakkan telefon itu sebelum membuangnya ke dalam tasik,” katanya.

Beliau berkata, pasangan itu telah berkahwin pada 2005 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kekasih gelap : Pensyarah yang menuntut cerai dibunuh suaminya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker