Kita berjaya menyatukan ketiga-tiganya, PAS, UMNO & Bersatu berpisah tiada – Ayoh Chik

Share

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang memuatnaik status Facabook miliknya berhubung perkara ini. beliau mengatakan bahawa PAS secara bersama UMNO dan Bersatu berjaya menyatukan ketiga – tiga parti Melayu ini.

PAS, Umno dan Bersatu tidak boleh berpisah dalam arena politik negara hari ini.

Sebelum itu dalam wawancara dengan Utusan Malaysia hadi berkata, “Sekiranya gabungan ini bertanding dua penjuru, besar lagilah kita punya kemenangan. Apa yang penting ialah dua penjuru. Ini mesti kita tegaskan.


“Kalau Pas dapat (peruntukan) kerusi (Parlimen dan DUN) lebih besar daripada UMNO atau UMNO dapat lebih dari Pas, masing-masing jangan khianat.

“Kalau Pas dapat (menang) kerusi lebih besar pun, Pas tidak boleh tinggalkan UMNO dan begitu juga sebaliknya. (Parti) Bersatu pun tak boleh ditinggalkan. Yang penting, kita setia kepada perjanjian, iaitu piagam Muafakat Nasional,”

Menurut Hadi, setelah ketiga-tiga parti itu berjaya membentuk satu penyatuan, ianya tidak mungkin boleh dipisahkan.


“Kita berjaya menyatukan ketiga-tiga parti.

“Kita tak boleh berpisah dengan Umno, tak boleh berpisah dengan Bersatu,” katanya.

 

Leave a Reply