Khairy yang ketinggalan, bukan Umno, kata Shahrir Samad

Ketua Umno Johor Bahru Shahrir Abd Samad menempelak bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin susulan kenyataannya sebelum ini yang menggesa Umno bergerak ke depan dan tidak dikaitkan dengan keputusan mahkamah dalam kes bekas perdana menteri Najib Razak.

Shahrir berkata, ahli Parlimen Rembau itu seolah-olah ketinggalan dan berada dalam penafian berhubung perubahan yang berlaku sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

“Saya hairan kenapa Khairy berpendapat semacam Umno belum mampu bergerak ke hadapan. Seolah-olah Umno masih berada dalam kebingungan akibat kekalahan dalam pilihan raya umum ke-14.

“Seolah-olah Umno masih terperangkap dalam kenafian realiti dan masih mahu mempertahan bekas presiden dan perdana menteri, Najib,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Terdahulu, Khairy menggesa Umno melakukan proses rejuvenasi, susulan sabitan bersalah bekas presiden parti itu Najib atas 7 pertuduhan membabitkan dana SRC International sebanyak RM42 juta.

Menteri sains, teknologi dan inovasi itu turut berharap Umno tidak diheret sekali dalam kes membabitkan Najib yang dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta oleh mahkamah. .

Shahrir berkata, banyak perubahan berlaku dalam Umno sejak Khairy tewas pemilihan parti sebelum ini.

Antaranya ialah gabungan Umno-PAS dalam Muafakat Nasional, peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan peralihan pentadbiran kepada Muhyiddin Yassin.



“Peletakan jawatan perdana menteri oleh Mahathir sehingga munculnya kerajaan Muhyiddin, kedua-dua ini melibatkan kepimpinan.

“Tanpa perpaduan dalam Umno dan kepimpinan parti yang memahami kehendak ahli dan pimpinan bawahan, kedua-dua peristiwa terpenting ini pasti tidak akan berlaku,” katanya.

Beliau berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah pun ke hadapan dan akan terus ke hadapan dengan memantapkan kesiapsagaan untuk mendapat kembali mandat rakyat secara terhormat dan berprinsip pada pilihan raya umum ke-15.

“(Oleh) kerana itu Umno dan PAS memahami sokongan kepada kerajaan Muhyiddin, yang Khairy menjadi seorang menteri dalamnya, sedangkan ia sesuatu jawatan yang boleh ditolak, adalah untuk menyelamatkan keadaan buat sementara waktu,” katanya.



Katanyanya, Umno dan BN hari ini sangat berbeza daripada keadaan parti itu pada Mei 2018, iaitu selepas ia tumbang kepada PH pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), sekali gus menyaksikan Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi perdana menteri.

“Kes-kes mahkamah yang melibatkan pemimpin Umno, termasuk saya sendiri, akan terus berjalan. Saya tidak pun melibatkan Umno dalam kes ini dan saya tetap bersama Umno, menyokong perjuangan parti walaupun saya menghadapi pendakwaan di mahkamah.

“Kes di mahkamah tetap tanggungan kami sendiri. Ia sama sekali tidak akan menghalang kelangsungan perjuangan bangsa, agama dan negara melalui Umno.

Beliau berkata, tidak juga timbul soal biadap di pihak Khairy kerana Umno ketika ini sudah jauh ke hadapan, dengan meninggalkan dilema yang dihadapi selepas PRU14. FMT



Related Articles

One Comment

  1. Khairy nampaknya baru terjaga daripada tidur. Apa tidaknya, sejak kekalahan Umno/BN pada pru14 dulu Khairy “hilang” atau “menghilangkan” diri cuba mencari dahan lain untuk berteduh kerana ketika itu diaberanggapan Umno tidak lagi boleh beri dia makan!! Kita tak nampak pun batang hidung Khairy yang menang di Rembau atas nama dan usaha Umno semasa Tok Mat dan Teamnya berhempas pulas cuba merapatkan saf selepas kalah dan hilang kuasa. Hanya pemimpin2 Umno yang benar2 ikhlas dan kuat semangat untuk membela kaum Melayu bekerja keras memulihkan semangat dan kepercayaan kaum Melayu dengan sokongan padu daripada Pas. Ketika sukar itulah jelas sifat pemimpin2 yang ikhlas dalam perjuangan dan pemimpin2 langau seperti Khairy yang berjuang untuk tembolok sendiri. Oleh itu Khairy tidak perlu cuba menonjolkan diri sekarang dengan nasihat bodoh kerana semua tahu nilai dirinya.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker