Bahaya ‘settle tepi’ kemalangan

Bahaya ‘settle tepi’ kemalangan

Jangan mengamalkan ‘settle tepi’ jika anda terlibat dalam kemalangan, kelak ia boleh memakan diri sekiranya gagal untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Itu nasihat seorang peguam bela dan peguamcara dikenali sebagai Lawyer Ghandhi menerusi penjelasan pada akaun TikTok.

Ujarnya, tindakan ‘settle tepi’ selepas berlaku kemalangan serta tidak membuat laporan polis boleh mengundang risiko bahaya kepada diri sendiri.

“Boleh makan diri lebih-lebih lagi jika pihak terlibat tidak mahu bayar, melarikan diri atau membuat laporan polis tanpa pengetahuan anda.

“Selain itu, pihak insurans juga akan menolak tuntutan kalau tiada laporan polis. Lebih parah, pihak insurans tidak akan bela anda jika pihak ketiga mengambil tindakan mahkamah,” katanya menerusi penjelasan video tersebut.

Justeru, laporan polis harus dibuat segera atau dalam tempoh 24 jam selepas terlibat kemalangan.

“Penalti seperti denda atau penjara boleh dikenakan jika anda gagal membuat laporan polis,” katanya. K Online

Bahaya ‘settle tepi’ kemalangan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Luahan hati Mawar Karim

Suki Low menangis kerana Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker