Orang ramai mula kembali ke ibu kota

Share

ALIRAN trafik menghala ke ibu kota dilaporkan mulai sesak malam ini berikutan ramai anak perantau kembali pulang selepas bercuti sempena Aidiladha.

Sehingga 10 malam, aliran trafik di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dilaporkan bergerak perlahan.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Twitter melaporkan, trafik perlahan di PLUS arah utara dari Senawang ke Seremban.

Kesesakan juga dilaporkan berlaku sebelum Plaza Tol Mambau, Port Dickson ke arah Seremban berikutan terdapat sekatan jalan raya.

Selain itu, kesesakan teruk sejauh lima kilometer dilaporkan berlaku sebelum keluar Plaza Tol Gombak ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Bagaimanapun, LLM melaporkan keadaan trafik masih lancar dan terkawal di kedua-dua arah di sekitar Plaza Tol Karak dan Kuala Terengganu.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan pergerakan kira-kira dua juta kenderaan mulai Rabu sehingga Ahad ini sempena Hari Raya Aidiladha.

HMidil

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!